Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta
berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara
sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika
memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh
menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin
yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut
terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk
“Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di
Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat
Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak
sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain
mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan,
pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah
Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati
pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan
kesihatan isteri.“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan
berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut
dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam
penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan
berketerampilan menarik.“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik
dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.
No comments:
Post a Comment